Showing posts with label Rujukan dan panduan. Show all posts
Showing posts with label Rujukan dan panduan. Show all posts

20 October, 2009

Ms, Mrs, Miss.....mari belajar bahasa

Actually I really want to post it long time ago....

About learning the language...bahasa omputih....even tho maybe my writing in english is so2...~ nama pun xpenah dok omputih..maka jgn la kata omputih i ni superb...tapi dh dok opis yg ramai mat saleh baru tau yg bahasa omputih diorg pun bkn le superb...

After seeing so many comments...ada yg kata x ptt buh ms, ada yg ubah jd puan tepung, mrs tepung...and so on

I know I already married maka status yg sesuai ialah puan tepung...or mrs tepung...

but....I remain as ms tepung, because my blog start from zaman bujang hinggalah zaman ini yg current statusnya mak buyung...so title ms tu remainkan sajalah untk sy yg malas nk tukar profile

Have you ever know that actually there is miss, ms and mrs?

Meh bukak dictionary kat hp - hape2 dictionary pun okeh saja...

Mrs - a polite title given to a married woman, in writing or in speaking
Miss - a polite title given to an unmarried woman, in writing or in speaking
Ms - a polite title given, especially in writing, to a woman, whether married or unmarried

Ok skrg anda sudah faham signifikasinya ms tepung bukan?

Certain form of coursela dlm bahasa omputih will have all these three, and I will choose Ms. The reason is just simple...I want to look professional don't want people to judge from title ~ but certainly if necessary I will choose Mrs...xkan la pi jumpa dentist buh ms...nanti dentist buat sebarang2 mana boleh kat mak buyung..

Until now. (Tiba2 teringat bahasa arab yg kata nama lebih spesifik hu'a-huma-hum-hi'a-huma-hunna)

19 February, 2009

Interview...but not job interview

I owe this...and pretty sure johorean bride 2 be really want to know....

Tada....as mentioned here the interview topic should cover something like this...
But, maybe it depends on the ustaz/ ustazah....maybe simple than mine or almost likely...

Updated : interview ini musti di negeri Johor - bg org yg apply di negeri Johor, negeri2 lain rasanya tiada interview...so yg x apply di negeri Johor sila check with ur pejabat agama....OK? nnt kang confuse plak korang2 nih..buat ketar, gigil, payah la plak

So sharing-session start here...I will write most of it in Bahasa Melayu..
Note : Ustaz (UZ), ms tepung (TP), and maybe quite long....-but will write ape yg ingat la kan? plus I dont write the long answer since soklan ustaz pun dh bnyk...

UZ : Assalamualaikum Cik TP *hihi xkan guna nama cik tp..sure la full name*
TP : Waalaikumussalam
UZ : Dapat org mana?
TP : Org jauh, ustaz...utara
UZ: Ha xdelah jauh..sy ni pun org kedah dh ilang slang kedah

UZ : Kita mulakan...pertama sekali mengucap 2 kalimah syahadah
TP : Ash..........
UZ : Ape maksudnya?
TP : Aku naik saksi.......
UZ : Apa rukun islam ke-3?
TP : Puasa di bulan Ramadan...*dlm hati erm ni xmasuk dlm kertas tuh...saje nk gertak ke?*

UZ : Sila baca Al-Fatihah
TP : Bismillah...............
UZ : Apa maksud Bismillah?
TP : Dgn....
UZ : Ape maksud ayat pertama dr surah Al-Fatihah
TP : *gulp telan air liur...sbb dh ketar2....- bkn xbaca buku tp dh besar ni hnya jwb soklan interview keje je*
: Segala pujian.....

UZ : Solat ada 5 waktu, tp dlm bnyk2 solat, solat subuh istimewa kerana ada bacaan doa qunut...ia doa di pembukaan hari, sebagai satu pengharapan kepada permulaan hari...sila bacakan doa qunut..
TP : ........ *naseb baik xbaca doa makan....anything can happen kan?*
UZ : Ape hukumya bacaan doa qunut?
TP : *sengih2...wajib ke?..alamak almost wajib tp xwajib...* Wajib kot *percubaan jawab*
UZ : Jika anda lihat suami anda solat subuh, dia x baca doa qunut, tp dia tahu bacaan cuma tertinggal, dan lps tu dia x buat sujud sahwi kerana dia xhafal bacaan, adakah solatnya sah?
TP : *aiseh ade gak soklan gini???* Sah, tapi klu was2 baik solat semula...
UZ : Kalau ada muaalaf solat subuh, dia tau bacaan sume..cuma dia x study lg doa qunut dan sujud sahwi, adakah sah solatnya?
TP : *aik...ada ag soklan ustaz...? hmm* Sah
UZ : Jika anda sdiri solat anda tahu bacaan doa qunut dan sujud sahwi, tapi pada suatu hari anda solat dan tertinggal bacaan doa terus sujud dan berniat untk sujud sahwi, tetapi ntah mcm mana anda tertinggal juga sujud sahwi, apa hukumnya solat anda?
TP : Sah
UZ : OK. Hukum bacaan doa qunut ialah....sunat muakkad...ia seperti menghampiri wajib tapi belum wajib, mcm merokok juga hukumnya makruh menhampiri haram tp belum haram
TP : *OK lps ni harus ingat....bagus gak at least refresh balik, kdg bkn xtau cuma x di tnya begini..tpsmpi 3 scenario nih....*

Ustaz is nice person and seems young maybe lebey2 kurang my age kot....dia adala puji2 skit *nk bg ilang ketar kot...ke mmg dia puasa hati dgn ape yg dia dgr??*

I will continue for part 2....blm habis lagi ok?

22 September, 2008

Air tangan org yg tak solat

I got this from email and would like to share (dan juga mengingatkan diriku sbgai hambaNya)

Buat santapan sahabat semua..Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk kedalam golongan yang disayanggi NYA...Aminnnnnn

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A।S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga, dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), 'kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.' Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , 'As solah as Solah wa amalakat aimanukum.' maknanya,'Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. 'jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

26 June, 2008

Ketika...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran

*sekadar renungan..fwd from my housemate* huhu..due to load of works...grrrr..i will not hapdate any previous entry or current (temporary oni..)...wa sudah mau vomit...kilije org wa kena buat...

14 April, 2008

Hukum bertunang

bila dh start keje soklan std/ or bila kwn2 sebaya stat kawen...sudah keje? sudah ada bf? bila mau engage?
lps engage soklan lain plak bila mau kawen?
lps kawen soklan lain plak bila mau ada baby?
lps dpt satu org tnya bila lagi nk tambah adik?

huhu that' s life...nowadays trend ramai yg tunang on d same day nikah..
tunang 2 jam jer..sbb katanya xle bnyk dugaan..n maybe jugak nk jimat kos...
hukum tunang tu sunat..dan dlm tempoh pertunangan itulah kita dpt berkenal2 kenalan dgn pasangan dan keluarga... (tapi klu tunang 2 jam je mana sempat nk kenal..tu namanya just ikut2 org lain..nk gak bertunang..huhu...just my opinion)
so yg masih terfikir2 untk bertunang atau tidak..blh2 la rujuk bnyk website..or google "hukum bertunang' (i've put 2 links here)

so smlm my dear tepon mak n ayah kat kg....and we decide that end of May08...untk dtg risik+tunang..hehe mcm mimpi sbb rasanya kenal dear pun baru dlm 5 bulan (masa tu bkn ukuran..lama atau skjp xjamin pe2 ye..betul tak?)

09 September, 2007

Selamat menyambut Ramadan…

Pejam celik dan nak msk bulan Ramadan..yeye..kita akan berpuasa lg beberapa ari je …last week aku dh pulun mcm2 dr secret recipe (thx belated besday person), kfc (teman kwn sblh + buka posa) , nando’s (team lunch) , starbuck (habiskan voucher annual dinner dl)…waduh2 mcm2 betul..but, sedih sbb class mandarin dah habis (xsure bila aku akn sambung..but i have to work on it)….and tak lupa layan citer tikus (ratatouille..rat-a-too-ee) dgn geng perhentian

Best giler tgk citer tu…ANYONE CAN COOK…so aku yg terror masak air & megi ni pun blh jd chef klu kena gayanyer..hahaha..tak puasa lagi ni pun dah plan nak buka puasa ngan geng perhentian…

Kat sini aku sertakan kelebihan solat terawih (aku plg ingat mlm ke 24..sbb 24 doa..sbb aku ni fanatik no 24 kot sbb tu ler ingat…)

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

selamat menyambut bulan yg mulia ini..selamat berpuasa, tunaikan segalanya dgn ikhlas agar segala amalan kita diberkati, dirahmati, diterima dsb olehNya..selamat menunaikan solat terawih (zaman2 dulu ucapannya selamat ber"tara"kuih..sbb lps solat ada moreh mcm2..)
Isk2 tiba2 plak yg teringat bab solat terawih ni..yelah start solat terawih form 1..dahtu plak dok row hujung2 (sbb senior suh)..dahle baru belajar, dok belakang, ustaz baca surah panjang2 buat rasa mcm2 (marah, letih, mengantuk)..rasa2nyar dl ade jek yg tertidur sewaktu solat…tapi aku tak ler sampai tidur…cume mgkn pahala kurengg sbb rasa mcm lama sgt berdiri….tapi dh lelama ok dan seronok..

okla selamat untk semuanya…jgn ikutkan nafsu nnt boros plak…sederhana itu lebih baik…take care

10 August, 2007

Kenapa masih belum berumahtangga lagi?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" Jawapan yang lazim diberi adalah, "Tidak ada jodoh lagi.." Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya."

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan "sesuatu yang terbaik", kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan "sesuatu yang terbaik" kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?", jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah rahmat Allah."

p/s : just to share email yg aku terima dr kawan yg prihatin tntg aku..thanks a lot friends :)

27 November, 2006

Nak kawen ke?

ni cilok dr ntah mana..tapi haku suka baca..

Tulisan : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sbgainya, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai org menempah neraka sebaik shj melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dgn ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Jika tidak sanggup untk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri blm cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

20 November, 2006

Wanita dan Epal

Petikan dari majalah Anis bulan Disember 2006 sebagai renungan bersama :-

“Wahai adikku sayang…Wanita ibarat epal. Epal yg tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yg tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.”

“Wahai adikku sayang…Hakikatnya, epal itu terlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Begitu jualah wanita2 solehah. Hanya pemuda2 sejati yg benar2 hebat sahaja boleh memperolehinya. Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yg kekal abadi. Biarlah jodohnya bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi meniringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yg disayanginya untk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dlm 1001 keindahan. Renungkanlah wahai adikku sayang…”