05 December, 2006

Siti Situ Sana Sini dan CAS10...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 12.. ha ha tinggal beberapa hari je nak masuk tahun baru..azam tahun ni dah berjaya dilaksanakan atau belum ? atau akn di carry forward ke tahun depan?
Hmm ..letih, penat betul rasanya untk beberapa hari ni..maybe sbb weekand aku penuh dgn segala aktiviti.

Sabtu (2/12/06) - aku habiskan hampir 5 jam kat One Utama sbb nak tgk Siti Nurhaliza live...tercapai gak nak tgk live..Oh Siti mmg seperti dlm yg kita lihat dlm gambar..vokalnya pun mmg mantap..aku sempat rakam masa dia perform "Siti Situ Sana Sini".Dengan penampilan baju merah cili, kedatangan Siti memang dinanti2kan..malah ada yg sanggup datang seawal 10 pagi untuk dapatkan seat yg selesa. Aku pula terpaksa berdiri *ha ha sakit lutut aku sampai skrg ni tak berapa nak ilang*..tapi mmg puas hati walaupun aku tak dapat tgh Siti sedekat mcm adik aku tgk...tak pe mana tahu ada rezeki lagi aku boleh jumpa Siti. Peminat terdiri dr kecik sampaila yg besar, tapi jadi budak mmg untung sbb pergi je kat Siti untuk salam, for sure dia terima..ada gak makcik yg siap curi2 untk dpt sign..aku takle berani sgt, lagipun maybe sbb aku sorang2 jek...
Rakaman nyanyian Siti akan jadi one of memorable personal collection..iyalah tak sama mcm beli cd..ni tangan aku sdiri yg merakamnya :)
Balik dr one utama, mmg lepak habis, aku sempat gak belek2 the star sbb ingat nak tgk promo digital camera kat pc fair, tapi tak de pun..belek2 aku tertarik ngan satu ruangan gambar kiriman pembaca..salah satunya tunjuk gambar plat kereta CAS10 (kalau sebut CAS sepuluh) tapi sbb no 1 dan 0 tu dia tak guna standard no so nampak mcm CASIO..he he mcm best lak klu plat kereta jenis2 mcm ni..dolu2 aku pernah berangan nak plat kereta stat ngan uruf Z..tapi mana mungkin dapat sbb Z tu kan tentera je...so tak mungkinle dpt plat kereta tu

Ahad (3/12/06) - awal2 pagi lagi aku dah g joging kat tasik taman jaya..uish pancit rasanya sbb dah 2 bulan lebih tak joging, start2 dari puasa sampailah raya dah habis..balik2 aku lepak baca gosip kat paper, mandi dan lps tu sbb tak tahu nak buat pe aku tidur balik sampaila kul 11 *ha ha amalan ni cuma sesuai untk anak2 dara jek..untk yg nak kawin, baik korang hitung korang ada berapa hari jek nak buat benda2 cam gini :P.. *
Ptg aku dah berkira2 nak g jugak pc fair sbb nak beli digital camera..he he nasib baik housemate aku pun nak g sana, lps smbhyg asar kami bertiga pi klcc...mula2 jalan2 dlm isetan tgk kemeja kerja untk housemate aku, mkn kat foodcourt, smbhyg maghrib dan lps tu ke tempat pc fair...round2 memula cari pendrive kawan aku, pastu singgah gak booth digital kamera..pusing punya pusing last2 kami berhenti kat 1 booth jual digital camera jenama CASIO...mula2 tak de sape nak layan, pastu salesgirl n salesman tu rasa serba salah..so bila tanya ape mystery gift cepat2 dia tunjuk payung ngan nasion call card (padahal kitaorg baru je nak belek2)..lps dengar segala explanation..aku agree untk beli CASIO digital camera (tak ingat model pe)..harganya tak payahle aku disclose kat cni tapi model tu cuma tinggal 2 je masa kitaorg kat booth tu.(actually aku aim nak beli max RM 600, tapi yg ni lebih skitla..kat kotak kamera tu tulis RM 999, tapi aku beli kurang dari tu)….tak sangka aku, SABTU aku tgk flat kereta CAS1O, AHAD plak aku beli kamera CASIO...ni lah salah satu cara untk memanjakan diri stlh berhempas pulas simpan duit ...
Hmm dulu aku simpan duit je tak reti nak spend sbb plan untk kahwin, tapi skrg aku ingat lbh baik aku bagi2kan sikit untk
1. masa depan (kahwin,umrah, haji,long term,retirement,etc)
2. beli harta (mcm kereta, rumah, even kamera masuk dlm list ni..untk tahun dpn tapi aku tak decide lg nak beli pe, but most probably kereta kot),
3. cuti2 Malaysia (Insya Allah tahun depan aku nak g jalan2 dlm M'sia ngan best friend aku, dan juga ada plan budak2 rumah--> nak g labuan pastuh g Brunei), ish2 mcm2 plan la dan paling penting my CASIO digital camera will always with me to capture all the moments..a picture can says 1000 words (mcm salah jek, tak kisahle yg penting aku faham)..
4. emergency (yelah mana tahu kot2 hujung bulan sengkek, so simpanlah kat tempat yg rasa2 korang tak kan sentuh, tak pun dlm bentuk syiling)

Ok la aku nak g study CD camera tuh..yelah ada 239 pages nak dibelek :)

p/s :Hmm aku rasa mesti korang pelik camne aku rakam CT nyanyi pastuh baru beli
digital camera kan..emm masa rakam tu guna digital camera BENQ yg dah rosak (cuma
leh rakam jek, amik gambar boleh tapi gambar dia jadi pecah, aku ingat nak hantar
repair but since org kedai tu kata tak tahu berapa ratus dia akan charge..so aku decide
beli baru..tapi yg lama tu aku nak bagi kat adik aku since dia banyak nak guna untk
rakam teater..yelah course dia ada buat performance atas pentas)