Cinta memang sesuatu yang rumit. Semuanya tidak seindah yang disangka. Berpimpinan tangan tidak bermakna jiwa berpaut. Ciuman bukanlah perjanjian atau kontrak. Hadiah bukanlah janji dan cinta bukan sandaran. Ikatan bukanlah ukuran sebuah kebahagiaan. Hargailah sebuah kehidupan kerana dari situlah kita kenal erti cinta dan hargailah cinta sementara masih ada kerana tiada cinta yang kekal selain dari cintaNya.
Cinta juga adalah pendustaan. Cinta itu khianat dan belati yang menikam dari belakang jika kita tidak mengenal siapa yang memegang bilahnya. Cinta itu nafsu bernyala-nyala. Cinta itu lidah-lidah api permainan syaitan. Cinta itu bisa membahagiakan tetapi cinta itu juga membinasakan.
Selamat berkasih sayang, selamat bercinta...
Peganglah tali cinta anda dengan jujur, hati teguh, hemah tinggi, manyanjung budi. Cinta akan tunduk di tangan anda dengan ikhlas dan bahagia, tanpa membuat jari sesiapa pun terluka.
"We can make choices to do things that will allow our relationship to be meaningful and strong, or do things that will cause eventual loss of love over time by being selfish, etc...."
18 September, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment