Petikan dari majalah Anis bulan Disember 2006 sebagai renungan bersama :-
“Wahai adikku sayang…Wanita ibarat epal. Epal yg tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yg tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.”
“Wahai adikku sayang…Hakikatnya, epal itu terlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Begitu jualah wanita2 solehah. Hanya pemuda2 sejati yg benar2 hebat sahaja boleh memperolehinya. Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yg kekal abadi. Biarlah jodohnya bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi meniringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yg disayanginya untk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dlm 1001 keindahan. Renungkanlah wahai adikku sayang…”
20 November, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment