ni cilok dr ntah mana..tapi haku suka baca..
Tulisan : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sbgainya, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai org menempah neraka sebaik shj melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dgn ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Jika tidak sanggup untk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri blm cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
27 November, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment