27 September, 2010

Solid food : Cooking porridge for ur lil one

Image from shutterstock.com


Since Afham already started solid, now I can write another topic..solid food! (grrr bnyk entri hutang..kc dh siap xtepek gmbr lagi..tu xmasuk citer raya)

So I copied from ratuhati.com several ways of cooking porridge for lil one

Cara 1
1. Masak nasi seperti biasa.
2. Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
3. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
4. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
5. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
1. Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
2. Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
3. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
4. Simpan dalam bekas kedap udara.
5. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
6. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
7. Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
8. Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
1. Masak nasi seperti biasa.
2. Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
3. Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
4. Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
5. Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
6. Ini untuk bayi yang besar sedikit.

Cara 4
1. Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
2. Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 5
1. Masak menggunakan slow cooker.

Ok2...you can choose and follow whicever suit with ur preference...What I do currently and practical for me (ni masa rajin masak hari2 la in future kita cerita nanti la)

1. I'm using organic brown rice
2. Sukat beras untuk 1-2 minggu
3. Using blender, kisar beras itu..so jdla rice powder
4. Keep it in the tupperware..pastikan kedap udara
5. Pagi2 bila nak masak amikla bbrapa sudu rice powder masukkan dalam penapis teh
6. Basuh beras bersih2
7. Masak..hingga jadi bubur

Next time I will post about fruit& vege puree...oh ya..silala kisar bubur untk early stage ni..

2 comments:

Dayu said...

nak gna method no 2
mmg bubur trus lembik la ye
nak kena kisar lagi tak?
susu beras semata lah eh..nk campur sayur semua camne

mommie Tia Zahraa said...

eloo,
my baby suka makan bubur nasik campur carrot & sweet potato. kekadang I add in isi kurma..rasa manis2 lagi laa..
beras+carrot+potato masak sekali, then kisar sampai halus..yummyyy!! :)

Post a Comment