08 August, 2011

Cukur rambut vs cukur jambul

Nowadays I think people more "prefer" to have cukur jambul event...Its good as usually it will combine with akikah....but actually in Islam, hukumnya sunat mencukur rambut baby "not jambul"

I copy from here


Soalan :
Saya ada kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan majlis cukur jambul yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam apabila mendapat anak. Ia seolah-olah satu kemestian dalam masyarakat. Apabila seseorang ibu baru melahirkan anak maka akan timbul soalan “bila nak buat kenduri cukur jambul anak?” Boleh huraikan apakah hukumnya membuat majlis cukur jambul anak yang baru lahir?



Jawapan:
Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]



Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.



Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.



Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.




Alhamdulillah. both Afham and Alif dicukur rambutnya..*altho I think bukan hari ketujuh, but on those early days*. For Afham last time, Mak Su came from Kedah and bring someone to help with this.


This time for Alif, we searched up and down, because most likely not all yg urut bersalin tu provide cukur rambut baby. Encik suami pun tak le berani nk cukur..not even me


So finally, manage to contact Kak Rahmah 012-3619738 (her blog here) untuk cukurkan Alif. However, the package price do not include transportation cost (since she do not drive, so need to add transportation cost - taxi charges)


For those yg nak cukurkan rambut baby, bolehla contact dia...We just need to prepare sebekas air (untk dia guna smbil cukur), sebekas bekas kosong (letak rambut dh cukur), and also buah keras yg ditumbuk sehingga keluar minyak (petua org tua2..lumurkan kat kepala untk lambut lebat)


So basically she will cukur rambut, urut2 baby, mandikan baby, siapkan baby dan juga sapukan minyak buah keras...then ur baby will be bald baby! hehehe


Oh ya I do not have comment on postnatal massage done by her, because this time I tried postnatal massage that provided by Hospital Putrajaya (its free, but only for normal delivery and of course u have to register there)...Later I will blog about this, only when I finished all the session (since ada urut penutup pantang..Insya Allah)

1 comment:

Arya Stark said...

Thanks for dis info Ryyhan... my grandma insist nak buat 'cukur jambul' for my baby nanti... penat nak explain kt dia... nak print aje post u ni hehe

Post a Comment